fbpx

Percepat suntikan vaksin kepada pemain industri peruncitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada pemain industri sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan di seluruh negara bagi membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sektor peruncitan sebagai salah satu perkhidmatan perlu beroperasi setiap hari sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara demi memastikan orang ramai boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti biasa tanpa perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan.

Beliau berkata, melalui satu sesi libat urus dan Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) pada 1 Julai lalu, semua pemain industri bersetuju untuk menyegerakan program imunisasi kepada barisan hadapan sektor peruncitan.

“Sektor-sektor di bawah KPDNHEP harus diberi perhatian sewajarnya dalam pelaksanaan program imunisasi Covid19 seperti sektor-sektor lain termasuk sektor pengilangan dan pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan data dan statistik yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan (KKM), sektor perdagangan domestik mengekalkan prestasi cemerlang dalam membendung penyebaran jangkitan Covid-19, iaitu hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan kluster manakala tahap pematuhan prosedur operasi standard adalah sebanyak 98.54 peratus.

Katanya, walaupun kluster yang wujud dari sektor peruncitan adalah amat rendah, pekerja sektor peruncitan khususnya pasar raya berhadapan risiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19 kerana sentiasa bersemuka dengan ramai dan pelbagai kategori pengguna setiap hari.

Ujarnya, sehingga 1 Julai lalu, terdapat 1,162 pekerja dari 59 pasar raya dijangkiti Covid-19 yang menyebabkan operasi pasaraya tersebut terpaksa ditutup.

“Sehingga hari ini, terdapat tujuh cawangan pasar raya masih ditutup kerana kebanyakan pekerja perlu menjalani proses kuarantin,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI