fbpx

Katil mudah alih untuk pesakit strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairolnizam (dua dari kiri) gembira selepas menerima katil mudah alih yang disampaikan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar kiri di Felda Bukit Sagu di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Impian seorang pesakit angin ahmar atau strok di Felda Bukit Sagu 1 dekat ini, untuk memiliki katil mudah alih menjadi kenyataan selepas menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, hari ini.

Khairolnizam Sulaiman, 36, yang tidak boleh bertutur dengan sempurna selepas diserang angin ahmar pada Ogos 2019 hanya mampu tersenyum dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shahar.

Ibu Khairolnizam, Rashidah Md Rejab, 60, berkata, katil mudah alih itu dapat menyenangkan pergerakan anaknya yang sebelum ini banyak memerlukan bantuan ahli keluarga lain.

“Kami sangat bersyukur kerana sumbangan ini sudah tentu dapat memudahkan pergerakan Khairolnizam selepas ini.

“Sebelum ini keadaan Khairolnizam pernah mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) dan hari ini, YB (Mohd Shahar) datang dan serahkan katil mudah alih untuk kegunaan Khairolnizam,”katanya selepas kunjungan Mohd. Shahar di Felda Bukit Sagu di sini, hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI