fbpx

Harrif Saleh tunai nazar, belanja gulai ayam kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harrif memberi bungkusan gulai ayam kampung percuma kepada salah seorang penduduk di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jaguh pecut pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Saleh, 33, mengagihkan 160 bungkusan gulai ayam kampung kepada orang ramai di Kampung Panji Alam di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian itu sebagai menunaikan nazarnya selepas muncul pelumba basikal pertama negara yang menjuarai siri perlumbaan basikal di Eropah baru-baru ini.

“Sudah menjadi kebiasaan sebelum berlumba, saya pasang niat mahu bantu orang kampung kalau menduduki sekurang-kurangnya kedudukan podium.

“Alhamdulillah saya muncul juara Grand Prix (GP) Manavgat, Turki pada bulan Februari lalu sekali gus muncul pelumba Malaysia pertama mengungguli perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di benua Eropah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Harrif mengagihkan 160 bungkusan gulai ayam kampung itu di hadapan kedai makan kepunyaan ayah mertuanya dalam tempoh 15 minit.

Beliau berkata, gulai ayam kampung merupakan air tangannya sendiri yang turut dibantu ahli keluarga lain.

“Pencapaian cemerlang di Turki cukup manis bagi saya setelah setahun tidak berkayuh (basikal) gara-gara penularan pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI