fbpx
BNM menyediakan peruntukan tambahan bagi membantu ramai PKS yang terkesan kerana pandemik Covid-19. -Gambar hiasan

BNM sedia peruntukan tambahan untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyediakan peruntukan tambahan untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) sebanyak RM2 bilion bagi menjadikan jumlah kemudahan meningkat kepada RM6 bilion. 

Menurut bank pusat, TRRF bertujuan memberikan bantuan dan sokongan untuk pemulihan PKS dalam sektor perkhidmatan. 

Selain itu, peruntukan untuk Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) sebanyak RM2 bilion turut dilaksanakan dan ini  meningkatkan jumlah peruntukan kemudahan kepada RM6.5 bilion.

“Kemudahan AES ini terbuka kepada PKS daripada semua sektor ekonomi dan ia bertujuan untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, BNM memaklumkan,  kemudahan TRRF dan Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF) telah ditambah baik untuk membolehkan PKS menggunakan sebahagian daripada pembiayaan untuk membayar balik pinjaman perniagaan sedia ada (iaitu pembiayaan semula). 

Menurutnya, jumlah maksimum yang boleh digunakan untuk pembiayaan semula adalah sehingga 30 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan untuk kemudahan TRRF manakala sehingga 50 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan untuk kemudahan PTF.

Selain itu, penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility) dan Pembiayaan PKS Penjana (Penjana SME Financing) kini layak untuk memohon PTF (hingga RM300,000 bagi setiap PKS). 

PTF bertujuan untuk menyokong PKS dalam sektor pelancongan dengan membantu mereka mengekalkan keupayaan dan membuat penyesuaian serta terus berdaya maju selepas pandemik. 

POPULAR

BERITA BERKAITAN