fbpx

5 negeri beralih ke fasa kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelantan telah beralih kepada fasa dua.- Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lima buah negeri yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara(PPN) selepas memenuhi semua nilai ambang yang ditetapkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelima-lima negeri ini mencatatkan mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.

“Nilai ambang merujuk kepada satu bentuk indikasi bagi membolehkan sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa seterusnya menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Nilai ambang terbabit merangkumi tiga indikator iaitu purata kes harian Covid-19, penggunaan katil di Wad ICU dan kadar vaksinasi,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, terdapat empat fasa yang akan digunakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Fasa pertama membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, perkhidmatan perlu sahaja manakala fasa kedua membabitkan perluasan senarai positif sektor ekonomi; sektor sosial kekal tutup.

“Bagi fasa 3 pula, pendekatan senarai negatif sektor ekonomi: sektor Sosial dibuka secara berperingkat. fasa keempat, pembukaan penuh sektor ekonomi dan sektor sosial,” jelasnya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI