fbpx
Penyakit itu menyebabkan DeAngelo didatangi dua haid secara serentak. -SWNS

Wanita miliki dua vagina, alami dua haid serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENTON, New Jersey – Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua kali sebulan dan masih boleh mengalami menstruasi biarpun ketika hamil, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.

Paige DeAngelo, 20, mempunyai uterus didelphys iaitu sejenis kecacatan sejak lahir yang menyebabkan dia mempunyai dua sistem reproduktif yang berfungsi sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan dia mengalami dua menstruasi dua kali.

Ia juga bermaksud DeAngelo boleh hamil dalam salah satu rahim  dan tidak menyedarinya sehinggalah dia mengalami gejala.

DeAngelo mendedahkan perkara tersebut di laman TikTok dan berkata, kehamilan boleh berlaku dalam kedua-dua rahimnya pada masa yang sama sekali gus berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan.

Menurutnya, dia menderita menstruasi tidak tetap selama bertahun-tahun namun hanya mengetahui menghidap uterus didelphys dua tahun lalu.

“Menstruasi saya tidak teratur dan ada kalanya saya didatangi haid selang dua minggu sebulan dan adakalanya selang beberapa minggu,” jelasnya.

DeAngelo berkata, keadaannya juga menyebabkan dia berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang dan keguguran memandangkan saiz rahimnya lebih kecil berbanding biasa.

Dia juga mengakui menangis selepas mendapat tahu tentang keadaannya dan doktor memaklumkan sekiranya dia mahu menjadi ibu, DeAngelo mungkin perlu menggunakan khidmat ibu tumpang.

“Saya menangis kerana saya mahukan sebuah keluarga yang besar,” katanya. -Agensi

POPULAR