fbpx

Tawaran kemasukan ke tingkatan enam diumum Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2021 pada Isnin depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam itu boleh dibuat hingga 15 Julai depan.

Menurut KPM, semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal aplikasi dalam talian tingkatan enam di pautan https://sst6.moe.gov.my.

“Bagi pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPM berkata, permohonan rayuan bagi pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam tetapi tidak menerima tawaran, boleh dibuat secara online di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan mereka.

“Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai depan,” katanya.

Tambahnya, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke ringkatan enam semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai depan melalui portal sama.

“Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama,” katanya.

Sementara itu, KPM berkata, sesi pengajian bagi tingkatan enam semester 1 2021 akan bermula pada 25 Julai depan bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

Kumpulan A ialah negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B  (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI