fbpx

Simbolik kasih buat bapa, Mark Adam dan Angel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARK ADAM dan Angel kini berduet dalam lagu Selamanya Bersama mengisahkan kasih sayang seorang ayah dengan anak.

BOLEH dikatakan, sehingga ke hari ini tidak ramai penyanyi cilik yang mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Mencelah di sebalik rimbunan artis baharu sedia dalam industri, kini muncul seorang bakat cilik bernama Angelica Petra Battle atau mesra disapa Angel.

Penyanyi berusia sembilan tahun itu bersedia mewarnai dunia nyanyian tempatan dengan bakat besarnya.

Menariknya, sebelum nyanyian, Angel pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuklah kemunculan debutnya di Indonesia berjudul Perjalanan Pertama.

Bakat si cilik itu mula dikesan apabila sering berkaraoke di rumah.

SELAIN filem Indonesia berjudul Perjalanan Pertama, Angel turut berlakon dalam dua buah naskhah tempatan, Daddyku Gangster dan Harum Malam yang masih menunggu tarikh tayangan.

“Semasa Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) pada Mac tahun lalu, saya lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak di rumah.

“Jadi kami banyak melakukan aktiviti termasuklah karaoke. Dari situlah saya lihat bakat dan potensi yang ada pada anak-anak termasuklah Angel,” kata ibunya, Datuk Rosmar Ayu Mokhtar.

Demi tidak mensia-siakan bakat yang ada pada diri Angel, Rosmar berusaha menghubungi beberapa guru nyanyian untuk menghantar anaknya menghadiri kelas vokal.

Bagaimanapun, hanya penyanyi Mark Adam yang memberi maklum balas serta bersetuju menerima anak-anaknya termasuk Angel sebagai anak didik.

Dari situlah bermulanya hubungan Mark dengan Angel sehingga muncul dengan duet berjudul Selamanya Bersama.

BIARPUN baru berusia sembilan tahun, Angel cekap dan pantas mempelajari sesuatu termasuklah ketika proses rakaman lagu debut, Selamanya Bersama

Istimewa

Paling menarik, lagu berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya Mark dan diilhamkan Rosmar didedikasikan buat bapanya, Mokhtar.

Jelas Rosmar, lagu berkenaan dirakamkan pada Disember tahun lalu, sementara video muziknya pula dibikin sekitar Februari lalu.

“Kalau kebanyakan lagu sedia ada dalam pasaran kebanyakannya berkisar tentang ibu, Selamanya Bersama bercerita tentang seorang bapa.

“Lagu ini memaparkan hubungan seorang anak dan bapa angkat yang sudah dianggap seperti bapa sendiri,” ujarnya lagi.

Sementara itu Mark selaku komposer berkata, lagu tersebut mempunyai kenangan tersendiri dan terdapat cerita di sebaliknya.

“Saya sifatkan lagu ini sangat istimewa kerana merupakan kali pertama saya hasilkan karya untuk kanak-kanak. Angel sendiri mempunyai vokal yang sangat unik.

“Apabila diminta ibunya menghasilkan sebuah lagu, saya banyak mengkaji tentang dirinya terutama karakternya,” katanya lagi.

Jelas Mark, dia berdepan cabaran ketika proses rakaman memandangkan Angel baru berusia sembilan tahun dan mempunyai ‘mood’ sendiri.

“Kadang-kadang budak-budak tak boleh dipaksa dan kena ikut ‘mood’ dia. Tetapi syukur, Angel sebenarnya berbakat dan mudah memahami apa yang dipelajarinya,” katanya.

Video muzik lagu Selamanya Bersama sudah tersedia dalam saluran YouTube D’Ayu Music sejak 26 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI