fbpx

Mayat wanita Malaysia tanpa kepala ditemui di Devon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuen Chong dilaporkan dilihat kali terakhir di bandar London pada 10 Jun sebelum dilaporkan hilang. – SWNS

LONDON – Mayat seorang wanita asal Malaysia tanpa kepala ditemui di sebuah kawasan hutan di pinggir bandar Devon  selepas mangsa dilaporkan hilang sejak 11 Jun lepas, lapor akhbar Evening Standard semalam.

Mee Kuen Chong, 67, yang turut dikenali sebagai Deborah kali terakhir dilihat di kota raya London pada 10 Jun lalu. Dia dilaporkan hilang oleh polis Britain pada keesokan harinya.

Polis menyifatkan kematian itu sebagai ‘kematian yang tidak dapat dijelaskan’.

Pada Ahad lepas, polis dikejarkan ke sebuah kawasan hutan di pinggir Devon pada pukul 5 petang (waktu tempatan) selepas mayat Kuen Chong ditemui.

Seorang jurucakap polis berkata kelmarin, pihaknya percaya mayat itu telah berada di situ selama beberapa hari.

“Polis sedang menyiasat sebarang kemungkinan berkaitan kematian Kuen Chong dan buat masa ini kami sedang mengumpul maklumat daripada orang awam bagi menjejaki pergerakan terakhirnya.

“Bagi sesiapa yang ada terlihat mangsa antara 10 Jun hingga 27 Jun lepas, diharap dapat tampil memberikan maklumat,” katanya.

Kuen Chong telah menetap di Wembley, London sejak tahun 2004. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN