fbpx

MAGGI anjur Bengkel Online Wanita Cukup Berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta yang menjalani beberapa ujian kemahiran semasa Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI.

PETALING JAYA – Nestle (M) Bhd. melalui jenama popular­nya, MAGGI, akan menganjurkan Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI dengan kerjasama program Google’s Women’s Will pada 27 hingga 29 Julai ini dan juga pada 12 hingga 14 Oktober ini.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Geetha Balakrishna berkata, mereka yang berminat boleh mendaftar menyertai program tersebut.

Peserta yang terpilih akan berpeluang menghadiri Masterclass: Cara Menja­yakan Perniagaan Makanan yang eksklusif serta serba baharu.

Menurut beliau, bagi penganjuran pada tahun lalu, syarikat telah menerima penyertaan kira-kira 1,000 wanita.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam siri realiti TV, Resipi Berani MAGGI yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad mereka untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah.

Mereka yang terpilih terdiri daripada pemilik perniagaan makanan dari rumah iaitu Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd. Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd. Isa dan Siti Aishah Abd. Razak.

Siri realiti TV enam episod yang dilancarkan semalam itu adalah sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ­(PMWCBM).

“Kempen ini akan memberikan peluang peningkatan kemahiran buat mentee sambil memperlihatkan transformasi perjalanan hidup dan kerjaya mereka.

“Salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yang baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah Geetha, pemenang utama Resipi Berani MAGGI  akan menerima modal benih sebanyak RM8,000 dan program bimbingan peribadi selama lapan minggu.

Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan me­nerima modal RM5,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI