fbpx
CHA EUN-WOO

Cha Eun-woo tinggalkan Master In The House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun-woo baru-baru ini mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House (MITH).

Episod terakhir yang memaparkan mereka berdua sebagai ahli rancangan hiburan itu telah bersiaran pada minggu lalu.

Eun-woo mengucapkan terpaksa mengundurkan diri daripada rancangan berkenaan kerana mahu fokus terhadap jadual lakonannya yang sangat padat.

Tambah Eun-woo, dia belajar banyak perkara sejak menyertai rancangan MITH dan sangat menyayangi setiap peserta terbabit.

“Walaupun sudah tidak bersama, saya sentiasa akan menyokong rancangan tersebut,” katanya ringkas.

Selain Eun-woo, seorang peserta disahkan meninggalkan MITH ialah Shin Sung-rok, juga disebabkan alasan yang serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI