fbpx

Tiga menara telekomunikasi baharu dibina di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tiga menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kuala Krai, Kelantan bagi mengatasi masalah capaian internet di tiga buah perkampungan di lokasi terbabit.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, kampung berkenaan adalah Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan Kampung Sungai Rimau.

“Tiga buah menara baharu berkenaan dijangka siap pembinaan pada April tahun depan dan seterusnya akan dapat membantu menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi.

“Selain itu, dengan pembinaan menara berkenaan ia akan turut memberi manfaat 1,800 orang penduduk di ketiga-tiga kampung berkenaan termasuk para pelajar,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI