fbpx

Jangan gelar wanita mandul – Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misha Omar

PETALING JAYA – Penyanyi versatil Misha Omar menyelar tindakan segelintir individu menggelar mana-mana wanita yang sedang berusaha untuk hamil sebagai mandul.

Misha atau nama sebenar­nya Samihah Omar, 39, berkata, perbuatan tersebut tidak beradab sekaligus mampu menguris perasaan mana-mana wanita yang mendengarnya.

“Saya kasihan dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan orang sebegitu (mandul). Mereka ini seperti tiada otak kalau bercakap.

“Sebab saya sendiri pun salah seorang daripada wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Jadi saya faham sangat dengan apa yang mereka rasakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut pelantun lagu Tanpa Rela itu lagi, dia turut meminta individu tersebut untuk belajar makna perkataan sensitif sekali gus menjaga perasaan orang lain.

Terdahulu, Misha menerusi InstaStorynya menempelak segelintir individu yang sewenang-wenang melabelkan wanita yang sukar hamil sebagai mandul.

Misha menempelak individu yang mengelar wanita sukar hamil sebagai mandul sebagai tidak beradab.

“Sapa yang sebut perkataan mandul tu depan Kak Mitch, saya juga boleh lakukan perkara tersebut dengan tindakan sama.

“Engkau tak faham perjalanan nak dapatkan anak ni. Ingat macam pesan makanan segera ke? Pesan makanan pun kalau salah engkau marah, inikan pula hal wanita yang sedang mencuba dan menanti nak dapatkan zuriat,” tulisnya.

Berkongsi perkembangan­nya yang turut melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF), Misha memberitahu, dia kini berada dalam fasa kedua dan semuanya dalam kea­daan baik.

“Alhamdulillah sekarang sudah melangkah ke fasa dua. Mohon doakan semuanya dipermudahkan. Paling pen­ting jangan malu untuk buat rawatan dan mengetahui tahap kesuburan masing-masing,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon dan pengacara Siti Elizad digelar mandul dan dihina dengan kata-kata kesat serta tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.

Rentetan itu, Elizad membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI