fbpx

Industri bunga Cameron Highlands lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekebun bunga di Cameron Highlands terjejas teruk selepas bunga tidak dapat dipasarkan susulan pelaksanaan PKP di seluruh negara.

CAMERON HIGHLANDS – Industri bunga di tanah tinggi Cameron Highlands ‘lumpuh’ selepas terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Bunga Cameron Highlands, Lee Peng Fo berkata, sehingga kini sekurang-kurangnya 50 pekebun bunga berskala kecil terpaksa gulung tikar apabila terkesan teruk akibat pelaksanaan PKP.

“Pekebun yang hanya bergantung kepada pasaran tempatan pastinya tidak dapat meneruskan projek tanaman bunga disebabkan tiada permintaan apabila semua majlis rasmi tidak boleh diadakan dalam tempoh yang panjang.

“Bagi memastikan pendapatan mereka tidak terus terputus kebanyakan pekebun bunga kini terpaksa beralih dengan menanam sayuran yang masih mendapat permintaan daripada pengguna,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, terdapat lebih 200 pekebun bunga berskala kecil dan besar di Cameron Highlands yang mana sebanyak 75 hingga 80 peratus pekebun memasarkan keluaran bunga mereka ke luar negara dan selebihnya tempatan.

Katanya, selain pekebun bunga berskala kecil yang terpaksa gulung tikar pekebun yang mengusahakan tanaman bunga berskala besar juga terpaksa mengecilkan tanaman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI