fbpx

Rumah terbakar, jiran selamatkan warga emas kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah pasangan warga emas yang hangus terbakar di Kampung Kajang Sebidang, Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

TUMPAT – Tindakan pantas seorang jiran berjaya menyelamatkan lelaki warga emas yang kudung kaki kiri daripada terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kajang Sebidang, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, mangsa berusia 75 tahun yang kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dipapah keluar oleh jirannya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisansahseni Raja Semail berkata, ketika kejadian, mangsa berada di dalam rumah itu seorang diri manakala isterinya yang berusia 60 tahun keluar menoreh getah.

“Mangsa terhidu bau asap sebelum melihat api dari arah dapur rumah. Keadaan fizikalnya yang kudung kaki menyebabkan mangsa sukar untuk bergerak untuk menyelamatkan diri.

“Kejadian itu disedari jirannya yang segera masuk dan membantu mangsa keluar dari rumah yang sedang terbakar sebelum menghubungi pihak bomba,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Raja Arisansahseni memberitahu, seramai 30 pegawai dan anggota BBP Pengkalan Kubor dibantu BBP Tumpat bersama tiga jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.01 petang.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI