fbpx

PGA Sabah rampas 457 karton arak tanpa cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
457 karton minuman keras dirampas PGA Sabah dalam operasi Op Kontraban yang dijalankan di pekan Tamparuli semalam.

KOTA KINABALU – Sebanyak 457 karton minuman keras dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dalam operasi Op Kontraban yang dijalankan di pekan Tamparuli semalam.

Dalam operasi pukul 1.40 petang itu, premis restoran menjual makanan Islam dijadikan sebagai salah satu tempat penyimpanan dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan lanjut.

“Hasil tangkapan awal, pasukan PGA berjaya menemui 54 karton minuman keras yang disimpan di dalam sebuah van.

“Dengan dipandu arah oleh suspek, polis kemudiannya menemui 123 karton pelbagai jenis minuman keras yang disembunyikan di sebuah restoran makanan Islam.

“Hasil siasatan lanjut, suspek kemudiannya menunjukkan arah ke sebuah lagi premis kedai yang menyimpan 280 karton minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rampasan berkenaan membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM 100,847 berdasarkan harga pasaran semasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI