fbpx

Keletah petugas barisan hadapan menghiburkan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keletah petugas barisan hadapan yang melayan kanak-kanak tersebut.

PETALING JAYA – Gelagat dua orang petugas barisan hadapan yang menari bersama seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat kuarantin wabak Covid-19 menarik perhatian ramai pengguna media sosial dan tular di aplikasi TikTok sejak semalam.

Video yang dimuat naik pengguna bernama @ciklinnnemo memaparkan anak buahnya yang sedang kuarantin menari bersama dua orang petugas barisan hadapan yang sedang bertugas pada waktu itu.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok memuji tindakan para petugas barisan hadapan yang tidak jemu melayan kerenah pesakit walaupun masyarakat sedia maklum mengenai kepenatan mereka bertarung dengan wabak Covid-19 di negara ini.

“Kasihan budak itu. Semoga dia cepat sembuh dari penyakit Covid-19 ini. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada petugas barisan hadapan yang tidak jemu melayan pesakit walaupun penat,” kata @cikedon23121 di ruangan komen.

Pengguna bernama @st_1977 pula berkata: “Terbaiklah petugas barisan hadapan. Pandai mereka ambil hati anak-anak. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan sihat sentiasa.”

“Kita sendiri nampak betapa kuatnya semua petugas barisan hadapan ini untuk menjaga kesihatan pesakit. Tetapi, kenapa masih ada yang tidak nampak kepenatan mereka? Saya cuma mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh,” kata pengguna bernama @anip2490.

Bagi @kaktierahman pula: “Ya Allah, semoga adik comel cepat sembuh ya dan terima kasih juga kepada semua petugas barisan hadapan yang merawat, menjaga dan menghiburkan pesakit tanpa rasa jemu.” – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI