fbpx

AEON pula mohon lesen bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terkemuka di Malaysia, AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) bersama-sama syarikat induknya dari Jepun, AEON Financial Services Co. Ltd. (AFS) telah mengemukakan permohonan kepada Bank Negara untuk mendapatkan lesen bank digital.

Pengerusi AEON Credit, Ng Eng Kiat berkata, AEON Financial Service Group berhasrat menubuhkan bank digital dengan model perniagaan baharu di pasaran, yang bakal menambah dinamisme landskap perbankan dan menyumbang kepada agenda keterangkuman kewangan di negara ini.

“Kami mahu membawakan perkhidmatan kewangan kepada semua komuniti, dengan menghapuskan penghalang yang wujud dan mendemokrasikan pengalaman perbankan.

“AEON merupakan jenama isi rumah di negara ini, baik dalam sektor runcit mahupun perkhidmatan kewangan dengan penawaran perkhidmatan meluas meliputi pasar raya, gedung serbaneka, barangan pengguna, pembiayaan kenderaan, pinjaman peribadi dan pelbagai produk kad,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Eng Kiat, AEON Credit turut memiliki rekod prestasi kukuh dengan operasi selama 25 tahun di negara ini dan berusaha memainkan peranan penting dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia.

“Kami memiliki empat juta pelanggan sedia ada dengan ekosistem 65 outlet runcit dan lebih 13,000 rakan perniagaan menerusi AEON Co. (M) Bhd., selain titik sentuhan fizikal AEON Credit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI