fbpx

Penganggur ditahan miliki 517 biji pil kuda, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis pil kuda dan syabu bernilai RM8,022 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dal Badang, Kota Bharu semalam. - foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang penggangur berdepan hukuman mati mandatori apabila ditahan polis selepas dipercayai memiliki 517 biji pil kuda dan syabu 28.52 gram di sebuah rumah di Kampung Dal Badang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dijalankan selepas melihat suspek yang berusia 27 tahun sedang duduk dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumahnya.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan di dalam beg silang milik suspek, polis menjumpai kedua-dua jenis dadah itu yang dianggarkan bernilai RM8,022.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek yang dipercayai merupakan pengedar dadah didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah. Polis sedang menyiasat tokan yang membekalkan dua jenis dadah itu kepada suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR dan wang tunai berjumlah RM200 yang ada bersama suspek.

Tambahnya, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI