fbpx

Hina Agong – NGO lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil NGO yang membuat laporan polis berhubung kes menghina Agong di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) mengecam tindakan biadab pemilik akaun media sosial Twitter menggunakan nama @imnsfeaz yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Presiden MBNP, Nor Aliff Yaakob berkata, susulan itu pihaknya membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

“Pelaku terbabit telah menghina Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama kaum kerabat baginda di dalam ciapannya.

“Kita berharap pihak yang terlibat dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, bersama tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Daerah Kuantan, Young Malaysia Movement dan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa megambil tindakan terhadap pelaku yang telah mengeluarkan ayat berunsur hasutan dan kecaman terhadap Al-Sultan Abdullah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Nor Aliff berkata, mereka mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan khususnya yang dilemparkan secara langsung kepada Institusi Raja.

“Tindakan pelaku adalah jelas bertujuan menghina dan menghasut rakyat agar membenci institusi raja merobohkan sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi asas kepada penubuhan Persekutuan Malaysia,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI