fbpx

Proses vaksinasi di Selangor lembap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ( kanan ) dan Noh ( dua kanan) melihat proses suntikan vaksin di PPV Tanjong Karang, hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Proses vaksinasi di Selangor dikatakan agak lembap apabila hanya mencapai kadar bawah 80 peratus berbanding negeri-negeri lain.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Selangor telah menerima sebanyak lebih 1.36juta dos vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca setakat semalam.

Katanya, daripada jumlah tersebut masih terdapat 322,606 dengan kadar penggunan adalah 76 peratus.

“Kita punya sasaran setiap negeri pada Julai ini adalah pada kadar 90 peratus. Maksudnya apabila 100 vaksin yang sampai 90 telah digunakan secepat mungkin dan jangan simpan dalam peti sejuk sebab vaksin akan sampai setiap minggu.

“Setakat 27 Jun, kadar penggunaan paling tinggi adalah negeri Melaka sebanyak 94 peratus, Terengganu dan Negeri Sembilan (92 peratus) selain semua negeri telah melebihi 80 peratus kecuali Selangor.

“Saya telah usahakan supaya negeri Selangor mempercepatkan kapasiti penggunaan vaksin dan buka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ini berikutan usaha di Selangor agak lembap walaupun ada vaksin namun vaksin banyak tidak digunakan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan PPV Tanjong Karang hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud bahawa tidak menghantar vaksin ke Selangor.

“Memang kita hantar vaksin ke negeri Selangor dan ada baki serta sekiranya ingin hantar melihat kepada kapasiti mereka.

“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sendiri memaklumkan kapasiti Selangor adalah 40,000 suntikan setiap hari pada mesyurat bersama Amirudin. Saya tidak pasti sebab Exco tersebut tidak hadir dalam perjumpaan itu,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI