fbpx

Pekerja maut tersepit mesin kompayer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja maut selepas tersepit ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mesin kompayer di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian, Johor, Sabtu lalu. Foto IHSAN JKPP

PONTIAN – Seorang pekerja kontraktor maut selepas tersepit dalam mesin kompayer dalam kejadian di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir. Mohd. Rosdee Yaacob berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas syarikat berkenaan selepas disyaki mengabaikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mesin kompayer terbabit.

“Ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, sebahagian badan mangsa berada di dalam mesin kompayer sebelum dia tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus sampai di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.