fbpx

Karin tak mengeluh urus isteri sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARIN tetap setia untuk menjaga dan mengurus kehidupan Sofiah di rumah mereka di Kangkong, Alor Setar.

ALOR SETAR – Tiada apa yang lebih berharga bagi seorang suami selain daripada berkorban dan menghabiskan seluruh hidupnya dengan menjaga insan tersayang.

Itu yang dilakukan seorang lelaki dari Kangkong di sini, Karin Md. Saad, 47, apabila dia tetap setia menguruskan isterinya, Sofiah Abu seman, 44, yang diuji dengan dugaan kesihatan apabila menghidap penyakit buah pinggang selain kaki kirinya telah dipotong akibat kencing manis.

Pengorbanan murni Karin itu telah dilakukan sejak dua tahun lalu bagi memastikan isterinya dapat melalui kehidupan lebih mudah termasuk menerima rawatan Peritoneal Dialisis (PD) setiap hari di rumahnya.

Menurut Karin, selain mencari rezeki bagi menyara keluarga, dia juga perlu menguruskan keperluan Sofiah seperti memandikannya, memasak, membasuh dan mengemas rumah.

“Dahulu saya bekerja di sebuah kilang kopi selama 15 tahun, tetapi terpaksa berhenti kerana perlu menjaga isteri yang sakit dan kakinya terpaksa dipotong.

“Saya tidak pilihan lain memandangkan anak lelaki kami yang berusia 13 tahun tinggal di asrama penuh di sebuah sekolah di Kubang Pasu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Kata Karin, bagi menyara keluarga, dia melakukan pelbagai kerja kampung se­perti mengambil upah mengecat rumah dan bertukang.

Menurutnya, keperluan makanan tidak menjadi masalah memandangkan dia bercucuk tanam dan menternak ayam sendiri selain menerima bekalan beras yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

“Alhamdulillah, anak juga dapat bantuan ketika dia ke asrama penuh. Semua guru sekolah rendah yang uruskan. Di asrama, dia juga dapat bantuan, jadi kurang sikit beban,” katanya.

Tambah Karin, mereka masih beruntung kerana menerima bantuan dialisis di rumah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Rawatan ini bernilai RM3,000 sebulan, kalau kena tanggung sendiri memang tidak mampu. Isteri pernah kerja kilang dahulu, sebab itu dia layak untuk ban­tuan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Karin di talian 011-1250 4042 atau menyumbang kepada keluarga ini menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0213141100018072.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI