fbpx

Gara-gara i-Citra, nama BCL kena petik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA CITRA LESTARI

PETALING JAYA – Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, nama selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL tiba-tiba menjadi ‘usikan’ netizen dalam laman sosial.

Nama pelantun lagu Cinta Sejati itu dikaitkan dengan pakej tersebut ekoran terdahulu, kerajaan telah memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu i-Lestari dan i-Sinar selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PNN) untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

Idea kreatif netizen mula timbul apabila mengaitkan nama pakej-pakej bantuan oleh kerajaan itu yang secara kebetulannya mempunyai kaitan dengan nama Bunga Citra Lestari.

“i-Lestari sudah, i-Citra sudah, tunggu selepas ini i-Bunga pula,” usik seorang pengguna Facebook.

“i-Lestari, i-Sinar dengan i-Citra. Tahun depan tunggu bank datang kutip ‘bunga’ yang telah memberi sinar kala ini,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Terdapat juga mulut nakal netizen mengatakan pasti ada orang kuat KWSP atau dalam kerajaan yang merupakan peminat setia BCL. Bahkan pemilihan nama pakej tersebut dikatakan boleh memberi inspirasi kepada nama bayi perempuan yang bakal dilahirkan sepanjang tempoh PKP tahun ini.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna laman sosial nampak terhibur dengan hubung kait sebegitu, selain memanjatkan rasa syukur selepas kerajaan mengumumkan pakej i-Citra bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI