fbpx

Bekalan vaksin kurang bukan berkenaan kapasiti dan PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menegaskan masalah dihadapi ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin dan bukan kapasiti mahupun jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan semakan rekod mendapati Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima 1,189,350 dos setakat semalam.

“Jumlah yang telah diagihkan pula adalah sebanyak 954,051 dos dengan dos semasa dalam simpanan berbaki sekitar 20 peratus iaitu sebanyak 235,277 unit dos.

“Bekalan ini hanya dijangka bertahan untuk dua hari lagi sekiranya proses ini dijalankan pada kapasiti penuh PPV,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menegaskan usaha di Selangor agak lembap walaupun ada vaksin kerana banyak tidak digunakan mereka.

Khairy turut memberitahu Selangor telah menerima sebanyak lebih 1.36juta dos vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca setakat semalam dengan terdapat lagi 322,606 dengan kadar penggunan adalah 76 peratus.

Siti Mariah menjelaskan difahamkan JKNS telah menerima sekitar 60,000 unit dos lagi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI