fbpx

Tren Baharu KLAV27 mula beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu set tren KLAV27 yang mula beroperasi semalam.

PETALING JAYA – Dua set tren pertama di bawah projek ‘Kuala Lumpur Additional Vehicles 27’ (KLAV27) menyertai operasi harian Rapid KL Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya selepas selesai menjalani sesi ujian dan pentauliahan semalam.

Prasarana dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, set empat-gerabak model Bombardier Innovia Metro 300 yang baharu itu mula digunakan selepas mendapat permit kelulusan beroperasi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Tren tersebut dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan berbanding 14 unit set tren bermodel sama, yang digunakan sejak 2018 dan diperolehi di bawah inisiatif KLAV14.

“Kesemua 27 set tren yang diperolehi di bawah projek KLAV27, yang secara keseluruhan bernilai RM1.7 bilion ini dilengkapi dengan beberapa ciri termasuk dalam sistem brek, pintu penumpang, pengurusan tren, kuasa sokongan (auxialiary), dan pengenalan ‘Digital Route Map Display’,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, lapan set tren KLAV27 sudahpun berada di Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang termasuk dua yang memasuki operasi harian semalam.

“Enam yang lain masih dalam pelbagai peringkat ujian, pentauliahan dan kelulusan daripada APAD sebelum disuntik masuk perkhidmatan harian.

“Ujian sistem brek, ujian kuasa tarikan tren (train traction power) serta ujian tanpa gagal (fault free run) adalah antara siri-siri ujian atau pentauliahan yang telah dilalui oleh tren-tren ini sebelum diluluskan oleh APAD,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI