fbpx

‘Sekurang-kurangnya, bukalah kedai makan lebih dari pukul 8 malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aming menggesa kerajaan supaya sekurang-kurangnya membenarkan kedai makan beroperasi lebih daripada pukul 8 malam.

PETALING JAYA – Instafamous Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman menggesa kerajaan supaya sekurang-kurangnya membenarkan kedai makan beroperasi lebih daripada pukul 8 malam.

Khairul Aming yang memiliki seramai 3.2 juta pengikut Instagram itu berpendapat, rakyat perlu diberi peluang berniaga lebih masa untuk mencari rezeki pada ketika situasi negara yang amat genting disebabkan pandemik Covid-19.

“Sekurang-kurangnya, bukalah kedai makan lebih dari pukul 8 malam. Penat dah nak minta benda sama setiap kali PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Tiada beza pun tutup kedai pukul 8 dengan 10-12 tengah malam. Bagilah orang berniaga lebih masa untuk cari rezeki. Bukan nak ‘dine-in’ pun, nak bungkus makanan je,” ciap Khairul, 29, dalam Twitter.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan lelaki kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mendapat lebih 12,000 retweet (ulang kicau) dan 13,000 likes (tanda suka).

Ciapan yang dimuat naik Khairul Aming dalam Twitternya.

Ramai juga dalam kalangan netizen menggesa kerajaan untuk membenarkan operasi kedai buku dan alat tulis untuk kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) para pelajar.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP tidak akan ditamatkan esok.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, fasa pertanma Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI