fbpx

Padah kongsi nombor TAC, pengasuh rugi RM5,699

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Terpedaya dengan helah seorang wanita bernama Ikzan, seorang pengasuh rugi RM5,699 apabila berkongsikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterima di telefon bimbitnya pada 25 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ketika mangsa berusia 40-an dari Felda Lui berada di rumah pada pukul 11 pagi, wanita itu telah menerima satu mesej daripada WhatsApp yang menyuruh mangsa untuk memberikan nombor TAC.

“Pada mulanya mangsa tidak memberikan nombor itu, namun selepas beberapa minit, suspek menghubunginya melalui panggilan WhatsApp dan sekali lagi meminta tolong mangsa memberikan nombor TAC yang keluar daripada mesej telefon mangsa.

“Wanita itu yang beranggapan ada orang telah tersilap daftar nombor telefon miliknya telah membuka mesej berkenaan dan berkongsikan nombor TAC kepada suspek.

“Mangsa kemudiannya meminta adiknya menyemak baki akaun sebuah bank miliknya dan mendapati duit telah berkurangan sebanyak RM5,699,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI