fbpx

Moratorium automatik mampu selamatkan pengusaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin menunjukkan keadaan Pantai Chenang di Langkawi yang lengang tanpa sebarang aktiviti pelancongan.

LANGKAWI – Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) berpendapat hanya moratorium automatik mampu menyelamatkan pengusaha kereta sewa yang terpaksa menjual sebahagian kenderaan bagi mengurangkan kos penyelenggaraan dan bayaran ansuran bank.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir berkata, keba­nyakan kaunter kereta sewa di Terminal Feri Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tidak lagi beroperasi.

“Jika seorang pengusaha mempunyai sekurang-kurangnya 20 buah kereta de­ngan pinjaman bank serendah RM500 sebulan, ini bermakna mereka perlu bayar RM10,000 sebulan.

“Di situ sahaja kita boleh lihat kesukaran mereka. Dari mana mereka nak dapat pendapatan kalau situasi pelancongan di Langkawi terus suram?” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, seandainya kerajaan tidak membantu dengan memberikan moratorium secara automatik kepada pengusaha kereta sewa terlibat, industri kereta sewa akan terus terkubur.

“Apabila sektor pelancongan dibuka semula, jumlah pe­ngusaha dan kereta sewa yang sedikit akan menyebabkan harga kereta sewa melambung naik sete­rusnya menyusahkan para pelancong,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, Datuk Mohd. Zayad Md. Ismail berkata, setakat ini hampir 99 peratus mereka yang memohon moratorium daripada bank mendapat manfaat tersebut.

Katanya, permohonan bagi mendapatkan moratorium daripada bank memerlukan banyak dokumen sebelum diluluskan.

“Walaupun ada bank yang hanya memerlukan penyata tetapi ada peniaga yang bila dapat duit dia terus gunakan, jadi tak nampak cash flow yang menyebabkan kriteria permohonan moratorium sedikit terjejas.

“Disebabkan itu ada pemohon yang membatalkan hasrat bagi memohon moratorium,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, hampir 100 pengusaha kereta sewa terpaksa menjual sebahagian kenderaan ekoran ketiadaan pengunjung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI