fbpx

Janna Nick malu teman lelaki jadi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK meluahkan rasa tidak puas hati dek penampilan kekasihnya, Dini yang dianggap memalukan.

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick kecewa selepas teman lelakinya yang juga pelakon, Dini Schatzmann tampil dengan imej perempuan untuk mempromosikan sejenis produk kecantikan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Janna dalam InstaStory miliknya, Janna turut meluahkan rasa malu atas tindakan Dini tampil dengan berpakaian wanita beserta rambut panjang berwarna merah jambu.

“Malu la macam ini @dinischtzmann!” ujar Janna dalam InstaStory miliknya.

Malah sebelum ini, pelakon itu juga memuat naik satu hantaran meminta diberikan waktu untuknya bertenang selepas berasa tertekan ‘diperdaya’ oleh orang yang disayanginya.

“Frust! Ingatkan kita dah cukup kenal dia. Tapi tidak. Konklusinya jangan mudah percaya walaupun dengan orang yang kita sayang,” tulisnya dalam InstaStory.

Sementara itu, akibat tampil dengan imej perempuan, Dini turut mendapat perhatian apabila dia dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

pelakon Marry Me Senorita itu dikecam selepas segelintir peminat berpendapat tindakannya tampil dengan imej wanita adalah tidak wajar dan keterlaluan.

“Bukan haram ke lelaki menyerupai wanita walaupun saja-saja?” komen salah seorang pengguna Instagram.

“Kenapa pula nak jadi perempuan? Pelik-pelik lelaki zaman sekarang ini,” kata seorang lagi netizen.

Selain itu, terdapat juga pengguna Instagram berpendapat tindakan Dini berpakaian wanita untuk mempromosikan produk kecantikan itu adalah satu strategi murahan semata-mata.

“Murahan. Lepas itu ramai pula yang suka. Mula-mula orang gelak, sebab itu makin menjadi-jadi. Tak mampu berkata apa-apa,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati video tersebut telah mencatat hampir 200,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna Instagram. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI