fbpx

Bukti sibuk jaga anak kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp mengenai seorang pensyarah yang meragui pelajarnya yang tidak dapat hadir kelas online meminta selfie yang membuktikan dia menguruskan kambing tular di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Dek kerana sibuk menguruskan kambing peliharaannya yang baru sahaja beranak sehingga ketinggalan kelas online, seorang pelajari tampil memberi bukti kepada pensyarah dengan menunjukkan swafotonya bersama anak kambing dan kisahnya tular di aplikasi TikTok sejak Jumaat lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cahhhhhhh_6 memaparkan tangkap layar perbualan pensyarahnya yang meragui alasan yang diberikan oleh pelajar yang bernama Syafiq dan meminta bukti untuk berkongsi swafoto bersama anak kambing di aplikasi WhatsApp.

Pada awalnya, pensyarah tersebut tidak mempercayai pelajar tersebut sehinggalah Syafiq menjelaskan hal yang sebenar dan memberikan swafotonya kepada pensyarah tersebut.

“Saya serius puan, rumah saya ada kandang kambing. Petang tadi ada kambing yang baru saja beranak, puan. Saya akan hantar swafoto tersebut esok pagi,” jelasnya.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok terhibur dengan jawapan pelajar lelaki tersebut kerana dianggap lucu menyambut anak kambing yang baru lahir.

“Tengok, kambing beranak pun sanggup tak datang kelas, apatah lagi nanti bila dah kahwin, isterinya bersalin. Nampak tak?” balas @nurinhazifa bergurau.

“Ya Allah, betul-betul dia hantar gambar swafoto dengan anak kambing,” kata @bobaalyssa21.

“Kalau saya tidak tanda kehadiran, cakap saja pada pensyarah yang saya sedang urus ayam untuk buat kenduri,” seloroh pengguna @toktabik.

“Nasib baik tidak menipu. Kalau tidak, jenuh mahu cari anak kambing untuk swafoto,” ujar @chiyol. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI