fbpx

Maqis tahan 2,636 pokok orkid dari Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pokok orkid yang ditahan Maqis di KLIA, Sepang kelmarin.

SEPANG – Sejumlah 2,636 pokok orkid dari Taiwan ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) ketika pemeriksaan dilakukan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , di sini, kelmarin.

Pemeriksaan yang dilakukan pada pukul 5.30 petang ke atas pokok orkid itu mendapati nilai kesemuanya berjumlah RM150,300 dengan berat 516 kilogram (kg).

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, daripada pemeriksaan lanjut telah mendapati barang dagangan itu tidak mematuhi syarat import Maqis.

“Kesalahan yang dilakukan iaitu tidak menyatakan nombor permit pada sijil fitosanitasi sebagaimana yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI