fbpx

Lelaki amuk, cederakan pemandu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CERMIN depan sebuah bas pecah dalam kejadian suspek mencederakan pemandu bas dan melakukan khianat awam.

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mencederakan pemandu bas semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, pemandu bas berusia 58 tahun yang memberhentikan kenderaanya berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson didatangi seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

“Suspek berusia 24 tahun itu menghalang bas yang dipandu mangs sebelum memecahkan cermin pintu di bahagian kiri pemandu.

“Suspek cuba mencederakan mangsa menggunakan parang sehingga berlaku pergelutan, namun mangsa berjaya merampas senjata itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, akibat pergelutan itu, mangsa mengalami luka di tangan dan pipi. Kerugian dianggarkan RM1,000.

“Pemandu bas yang juga pesara tentera berjaya menundukkan suspek dan seterusnya membawa suspek ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah. Suspek direman empat hari sehinga Selasa ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI