fbpx

Internet lebih laju di Kelantan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai pembinaan dan operasi menara telekomunikasi di Kampung Kubang Tebit, Machang hari ini.

MACHANG – Infrastruktur digital di Kelantan bakal dipertingkatkan selepas kerajaan menaik taraf 1,232 menara telekomunikasi sedia ada, membina 85 menara baharu dan meluaskan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi di 54,904 buah premis di seluruh negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, inisiatif tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang akan dilaksanakan dalam tempoh bermula tahun lalu.

Katanya, apabila projek tersebut siap, status liputan internet 4G akan mencapai 96.3 peratus di seluruh negeri ini pada tahun depan.

“Setakat ini, sebanyak 18 buah menara telekomunikasi telah siap dibina pada April dan Mei lalu. Ia melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Machang, Bachok, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

“Kesemua menara ini berada di kawasan luar bandar dan ia sesuai dengan dasar untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan kampung-kampung,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Kampung Kubang Tebit di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI