fbpx

Hong Seng meterai perjanjian sewa dengan NCIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Seng akan menyewa tanah seluas 41.04 hektar di KRC selama 60 tahun.

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Bhd. (Hong Seng) melalui anak syarikatnya, Hong Seng Industries Sdn. Bhd. (HS Industries) telah memeterai perjanjian kontrak sewaan dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCA) untuk tujuan menyewa tanah perindustrian seluas 41.04 hektar selama 60 tahun.

Sewaan tanah yang terletak di Kedah Rubber City (KRC) itu akan melibatkan jumlah tunai  RM44.69 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng Group, Datuk Teoh Hai Hin berkata, tanah itu akan digunakan bagi pembinaan kilang pengeluaran nitrile butadiene latex (NBL) dengan penawaran pilihan untuk memperbaharui kontrak sewaan untuk 30 tahun lagi.

“Kumpulan telah memperuntukkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion bagi projek pengembangan di KRC selama lima tahun akan datang bermula tahun 2022.

“Kami menjangkakan untuk menjana pelaburan swata sehingga RM5 bilion serta menawarkan sebanyak 2,600 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk di kawasan utara.

“Pengembangan perniagaan ini juga turut termasuk segmen pengilangan sarung tangan sedia adanya,” katanya beliau dalam kenyataan.

Majlis pemeteraian perjanjian itu yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor secara maya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI