fbpx

Pengurus MARDI didakwa salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saiful (tengah) dihadapkan atas pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pengurus Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahguna kuasa mencadangkan tender projek kepada syarikat sekutunya pada enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Saiful Nizam, 40, yang sebelum ini merupakan bekas Pengurus Inkubator MARDI Besut membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Sebelum ini, dia telah didakwa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun RM14,250 di mahkamah sama pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saiful didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan bagi mempelbagaikan produk hasilan kilang jejari.

Tertuduh telah mencadangkan sebut harga paling rendah syarikat milik sekutunya berjumlah RM17,000 pada bulan Mac 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2003 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kosmo! 25 Mei lalu melaporkan Mohd. Saiful telah dihadapkan atas pertuduhan pecah amanah dengan tidak menyerahkan wang deposit dan pembayaran sewa kiosk berjumlah RM14,250. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI