fbpx

[VIDEO] Lori bawa durian terbalik di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan durian yang berselerakan di lebuhraya selepas terbabit dalam kemalangan gara-gara tayar lorinya pecah di kilometer 279.9, Lebuhraya Utara Sekatan (arah Utara), di sini, tadi. - IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Gara-gara tayar pecah, sebuah lori membawa muatan tiga tan durian terbalik selepas hilang kawalan di kilometer 279.9, Lebuhraya Utara Sekatan (arah Utara), di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, pemandu lori iaitu lelaki berusia lingkungan 20an dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban setelah mengalami kecederaan parah.

Menurut sumber, lori dipercayai terbabas sendiri dan terbalik di lorong ketiga susulan tayar lori pecah.

“Pemandu mengalami kecederaan parah dan di bawa ke hospital di Seremban untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI