fbpx

Jangan jual nasi kalau tidak mahu disumpah gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Desa Penimbun percaya akan ditimpa musibah sekiranya menjual nasi kepada pelanggan. - Boombastis

JAKARTA – Sebuah perkampungan di Jawa Tengah mempunyai satu kepercayaan aneh yang melarang penduduknya menjual nasi, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Penduduk kampung yang dinamakan Desa Penimbun itu mengamalkan pantang larang tersebut kerana dipercayai akan ditimpa musibah sekiranya menjual nasi kepada pelanggan.

Menurut kepercayaan mereka, pada zaman dahulu, terdapat seorang pengembara yang berjalan melalui kampung tersebut dan kerana kelaparan, dia meminta nasi daripada penduduk.

Malangnya, Desa Penimbun pada waktu itu sedang dilanda krisis kebuluran sehinggakan tiada seorang pun penduduknya yang memberi nasi kepada pengembara berkenaan.

Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa generasi-genarasi akan datang di kampung itu dilarang menjual nasi dan jika ada yang berdegil, mereka akan ditimpa musibah.

Penduduk percaya, musibah tersebut adalah termasuk gangguan mental secara tiba-tiba atau meninggal dunia dalam keadaan yang aneh.

Menurut Ketua Kampung, Desa Penimbun, Saijan, meskipun tidak menjual nasi, penduduk diwajibkan memberikan nasi secara percuma sekiranya ada orang luar yang datang ke restoran mereka.

“Sebelum ini, memang ada kejadian seorang penduduk yang melanggar pantang larang itu. Dia secara tiba-tiba menjadi gila sehingga akhirnya meninggal dunia,” ujarnya.

Meskipun tidak boleh menjual nasi, penduduk dibenarkan menjual makanan-makanan lain yang diperbuat daripada beras seperti ketupat dan lontong. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN