fbpx

Motosikal Siti Nurhaliza dicuri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motorsikal Honda Beat milik Siti Nurhaliza berjaya dijumpai semula oleh pihak polis. - Sukabumiupdate.com/Istimewa

JAKARTA – Tertinggal kunci motorsikal ketika parkir di depan sebuah kedai membawa padah buat gadis bernama Siti Nurhaliza Chairun Nisa ,23, apabila kenderaan itu dibawa lari pencuri.

Menurut laporan Suara.com baru-baru ini, Siti Nurhaliza pada ketika itu mengunjungi sebuah kedai Toko Lancar Jaya Kampung Lembursawah, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan apabila Siti Nurhaliza singgah di kedai untuk bertanya tentang kiriman barang tetapi lupa mencabut kunci motorsikal ketika masuk ke dalam.

“Saya benar-benar terlupa mencabut kunci kerana tergesa-gesa mahu masuk ke dalam kedai untuk bertanyakan tentang kiriman barangan.

“Apabila saya keluar, motorsikal jenis Honda Beat saya sudah dibawa lari,” katanya.

Namun begitu, Siti Nurhaliza bernasib baik kerana pencuri motorsikalnya berjaya dijejaki polis dan kenderaannya juga ditemui semula.

Pembantu Unit Jenayah Balai Polis Cibadak, Inspektor Dua Sapri berkata motorsikal Siti Nurhaliza berjaya ditemui sebelum bahagiannya dileraikan oleh pencuri untuk dijual secara haram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI