fbpx

Kesma tolak cadangan pengambilalihan LTSAAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussin (tengah) memegang poster bantahan terhadap cadangan pengambilalihan LTSAAS baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kesatuan pekerja Malaysia Airports Hol­dings Bhd. (MAHB) memohon supaya kerajaan segera menolak cadangan pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) oleh entiti swasta,­ WCT Bhd. (WCT) melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn. Bhd. (Subang Skypark)

Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung (Kesma), Hussin Shahar ber­kata, kerajaan perlu membuat deklarasi secara terbuka bahawa pengambilalihan itu tidak akan berlaku.

Tambah beliau, pihak Lembaga Pengarah MAHB juga wajib menyahkeluar Subang Skypark, yang disifatkan mereka sebagai rakan kongsi yang tidak jujur, biadap dan tidak berintegriti, dari LTSAAS dengan kadar segera.

“Kami ketiga-tiga Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak akan terus berjuang dalam menegakkan kepentingan warga kerja LTSAAS Subang dan rakyat Malaysia secara amnya, termasuk mengadakan piket serta mogok pekerja dalam industri pengangkutan di seluruh negara melalui gabungan kesatuan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan secara maya semalam.

Cadangan pengambilalihan LTSAAS sebelum ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk pertubuhan politik dan orang awam yang bimbang ia akan menjejaskan aset strategik negara yang melibatkan keselamatan, ketenteraan, ke­terhubungan wilayah dan ranca­ngan pembangunan ekonomi.

Menurut Hussin, cadangan tersebut bercanggah dengan prinsip asas penswastaan lapangan terbang, yang mana semua lapangan terbang digabungkan di bawah satu pengurusan supaya dapat menyediakan kemudahan terbaik.
“Pengambilalihan itu diunjurkan mendatangkan kerugian sekitar RM11 bilion kepada MAHB,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ahli perniagaan, Tan Sri Desmond Lim dikatakan merancang untuk mengambilalih Lapangan Terbang Subang membabitkan nilai RM3.7 bilion.

Sebuah portal berita melaporkan Lim yang juga pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah dan pembinaan, WCT Holdings Bhd akan menggunakan anak syarikatnya, Subang Skypark  untuk mengambilalih dan mengendalikan lapangan terbang itu sehingga 2092.

Lim mengambil alih 60 peratus pegangan dalam SSBB pada 2018 selepas membeli kepentingan berkenaan daripada Tan Sri Ravindran Menon dan rakan niaganya, Datuk Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah melalui jumlah yang tidak didedahkan, dengan cadangan untuk membangunkan semula tanah di sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Menurut portal berkenaan, cadangan terkini itu  dengan anggaran pelaburan awal RM3.7 bilion, yang mana RM1.7 bilion akan digunakan untuk terminal penumpang dan jet eksklusif yang dijangka dibuka 2027.

Baki RM2 bilion akan digunakan bagi membangunkan bandar lapangan terbang bagi tempoh 10 tahun akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI