fbpx

Guna lagu tak faham lirik lucah, Uyaina mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Kurang dengan lirik lucah sebuah lagu bahasa Inggeris Touch It nyanyian Busta Rhymes, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memohon maaf kerana menggunakan muzik lagu tersebut dalam sebuah video Instagram baru-baru ini.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, memberitahu, pada awalnya dia tidak mengetahui Touch It merupakan sebuah karya dalam bahasa Inggeris.

Pelakon drama Love, Elsa itu berkata, dia mula menyedari maksud lagu tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang rakan media dalam Instagram.

“Pertama sekali, saya memohon maaf kerana semalam membuat satu hantaran untuk memberi telefon pintar percuma kepada pengkut Instagram saya.

“Pada mulanya saya memang sangka lagu ini bukan dalam bahasa Inggeris kerana bunyinya aneh. Sayang sekali, saya menggunakan lagu ini sebagai muzik latar tanpa memahami maksud liriknya.

“Syukur ada rakan media yang memberitahu mengenai perkara tersebut menerusi mesej dalam Instagram,” tulisnya dalam entri tersebut.

Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari Ini itu memberitahu dia akan memuat naik hantaran tersebut sekali lagi selepas menukar muzik latar kepada lagu yang lain.

“Kepada pengikut Instagram saya, saya akan muat naik semula hantaran untuk pemberian percuma telefon pintar tersebut esok ya.

“Sekali lagi, minta maaf ya. Harap kita semua belajar daripada benda ini terutamanya untuk diri saya sendiri,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Uyaina turut memuat naik foto tangkap layar pesanan daripada Instagram @vincetogram serta paparan beberapa baris lirik lagu tersebut.

“Kepada ibu bapa, berhati-hati dengan lagu ini yang menggunakan lirik lucah.

“Ramai kanak-kanak bawah umur 10 tahun dan sesetengah ibu bapa sering menari bersama anak-anak mereka dengan menggunakan lagu ini dalam TikTok,” tulis @vincetogram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI