fbpx

Empat nelayan ditahan guna bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dinaiki empat Nelayan yang ditahan APMM kerana mengunakan bubu naga di perairan Kuala Kurau.

PARIT BUNTAR – Empat nelayan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau kerana menangkap ikan mengunakan bubu naga di perairan Kuala Kurau dalam satu rondaan Ahad lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, semasa membuat rondaan rutin, pihaknya telah mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti perikanan pada jarak 1.8 batu nautika barat laut di muara Kuala Kurau.

“Sebaik dirapati, anggota APMM mendapati bot berkenaan dikendalikan empat nelayan berusia dalam lingkungan 14 hingga 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga telah menemui 20 set bubu naga yang disyaki digunakan untuk menangkap hasil laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semakan juga mendapati dua daripada nelayan itu merupakan warga Indonesia yang telah tamat tempoh permit kerja.

Kata Mohd. Sharenliza, kesemua nelayan bersama peralatan menangkap ikan kemudian dibawa ke jeti Maritim Kuala Kurau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(b)Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana mengunakan dokumen pengenalan diri tamat tempoh.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI