fbpx

275,220 rakyat Kelantan sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 275,220 orang penduduk di negeri Kelantan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi kedua-dua dos menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, ia melibatkan seramai 191,938 orang penerima dos pertama dan 83,282 orang bagi dos kedua.

Katanya, jumlah penerima vaksin itu berjaya dicapai menerusi Program Outreach Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan oleh JKNK dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri di seluruh daerah ketika ini.

“Program yang dijalankan di kawasan kampung dan pedalaman mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai yang hadir untuk menerima suntikan vaksin.

“Penduduk kampung juga dilihat mula sedar apabila mereka tampil berdaftar untuk mengambil suntikan vaksin menerusi program berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut beliau, peningkatan penerima vaksin Covid-19 juga disebabkan kesedaran masyarakat untuk mendaftar PICK melalui aplikasi MySejahtera.

Katanya, sehingga semalam seramai 596,000 penduduk di Kelantan telah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi tersebut.

“Jumlah itu melibatkan 48.2 peratus individu dewasa di negeri ini. Kita berharap agar Program Outreach Vaksinasi Covid-19 yang sedang dijalankan ketika ini mampu menjadi salah satu kaedah terbaik untuk mencapai imuniti kelompok di negeri ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI