fbpx

Mat rempit lari dalam semak elak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan mat rempit cuba melarikan diri ke dalam semak berdekatan bagi mengelak daripada dicekup polis, semalam.

SUNGAI BULOH – Gara-gara takut diberkas polis, sekumpulan penunggang motosikal bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah, Meru di sini semalam.

Tindakan mereka tidak berhasil apabila dapat diberkas anggota polis yang mengepung kawasan berkenaan selepas menyedari wujud enam laluan tikus yang digunakan penunggang motosikal tersebut.

Kumpulan remaja itu sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas daerah dari Klang ke Sungai Buloh semata-mata untuk berlumba haram.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam operasi selama lapan jam berakhir pukul 12 tengah malam itu, sejumlah 51 motosikal dan 58 individu telah diperiksa.

“Sebanyak 218 saman telah dikeluarkan terhadap pemilik motosikal atas pelbagai kesalahan.

“14 buah motosikal turut disita kerana tiada lesen memandu dan ubah suai kenderaan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Sebanyak 26 kompaun turut dikeluarkan ke atas remaja yang berusia 13 hingga 22 tahun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Operasi disertai lima pegawai dan 28 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Balai Polis Saujana Utama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI