fbpx

Vokalis kumpulan The Brain Connection meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Kamal (kanan) merupakan vokalis kumpulan The Brain Connection yang terkenal dengan lagu Aku dan Kenangan.

PETALING JAYA – Komposer dan juga vokalis kumpulan The Brain Connection yang terkenal dengan lagu Aku dan Kenangan sekitar era 1980-an iaitu Kamal Halim menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi hati, malam Khamis lalu.

Kamal atau nama sebenarnya Abd. Halim Awang Ibrahim, 58, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di kediamannya di Sik, Kedah.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh sahabatnya, Manan Ngah yang merupakan bekas anggota kumpulan The Brain Connection menerusi Facebook dua hari lalu.

“Sebagai sahabat dan bekas anggota kumpulan, sudah tentu pemergiannya amat menyedihkan. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat hati tidak berfungsi dengan baik sehingga menjejaskan organ dalaman lain.

“Dia merupakan anak sepupu saya yang sangat boleh diharap dalam kerja-kerja muzik. Semoga memperoleh kesudahan yang baik-baik buat Aleng Ngaji (panggilan buat Kamal),” tulisnya.

Sebelum meninggal dunia, Kamal sempat mencipta dan merakam lagu terakhir berjudul Mungkar Nangkir yang akan dilancarkan syarikat Tamim Entertainment Sdn. Bhd. tidak lama lagi.

Semasa hayatnya, Halim pernah menghasilkan beberapa buah lagu popular, antaranya Suratan (Slam), Mahligaimu Dari Airmataku (Lestari), Persada Cintaku (Spring) dan Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah).

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 9.30 malam Jumaat lalu di Tanah Perkuburan Persiaran Raja Sakti, Sik.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Kamal meninggal dunia pada 2014 namun dia sendiri tampil menafikan berita yang tersebar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI