fbpx

KKM kesan 22 lagi kes VOC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 22 lagi kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 melibatkan 14 kes varian Beta (B.1.351) (Afrika Selatan) dan lapan kes varian Delta (B.1.617.2) (India).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 14 kes baharu varian Beta, tiga daripadanya masing-masing dikesan di Selangor, Sabah dan Terengganu serta dua kes di Kedah serta masing-masing satu kes di Perak, Johor dan Kelantan.

Beliau berkata, lapan kes baharu bagi varian Delta pula adalah masing-masing dua kes di Johor, Labuan dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sehingga semalam, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 183 kes melibatkan 167 kes VOC dan 16 kes VOI.

“VOC yang dilaporkan terdiri daripada 137 kes adalah varian Beta iaitu kesemua kes jangkitan tempatan serta 21 kes varian Delta dengan 12 kes jangkitan tempatan dan sembilan kes import.

“Sembilan kes pula adalah varian Alpha (B.1.1.7) (United Kingdom) yang melibatkan empat kes jangkitan tempatan dan lima kes import,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi VOI yang dilaporkan melibatkan 12 kes adalah varian Theta (P.3) (Filipina) melibatkan kes jangkitan tempatan, tiga kes varian Eta (B.1.525) (Nigeria) melibatkan kes import dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1) (India) juga kes import. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI