fbpx

China adakan festival makan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banyak anjing dibawa masuk ke bandar Yulin menggunakan lori-lori untuk dibekalkan kepada vendor festival. – Corbis via Getty Images

BEIJING – Sekumpulan aktivis di China menggesa pemerintah negara itu untuk menghentikan pesta makan anjing dalam satu festival tahunan yang dijadualkan berlangsung esok, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Acara yang berlangsung selama 10 hari itu bakal menyaksikan sehingga 5,000 ekor anjing dibunuh secara kejam dan dimakan dagingnya.

Menyifatkan festival tersebut sebagai ‘merisikokan kesihatan awam’, aktivis berharap agar kerajaan China segera campur tangan untuk menghentikan festival itu pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun,berdasarkan kepingan gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial, vendor-vendor di tapak festival dilihat sudah mula menjual anak anjing yang telah disembelih ke beberapa buah pasar dalam beberapa minggu ini.

Pegawai tempatan berkata, terdapat beberapa lokasi pemeriksaan di jalan raya yang dilakukan bagi menghalang kemasukan lori yang membawa bangkai anjing-anjing tersebut.

Berbeza dengan kenyataan Aktivis Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa yang mendakwan kenderaan-kenderaan tersebut masih dibenarkan bergerak bebas.

“Langkah menghentikan lori-lori yang membawa bangkai anjing sepatutnya menjadi keutamaan semua pegawai di Guangxi. 

“Festival ini berpotensi menyebabkan penyakit berjangkit selain merupakan satu bentuk kekejaman terhadap binatang,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pakar dari Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa, Dr Peter Li, mengingatkan perdagangan daging haiwan adalah bom jangka untuk kemunculan wabak zoonosis iaitu penyakit yang dapat menular dari binatang ke manusia. 

“Tidak berbaloi meletakkan nyawa 1.4 bilion penduduk China di bawah risiko besar seperti ini hanya untuk memenuhi keinginan sesetengah golongan pemakan dan pedagang daging anjing,” tegas Li. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN