fbpx

Bapa terkejut anak lelaki sebenarnya bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna bernama @stacks1400 itu tidak menyangka bahawa selama ini, kanak-kanak yang disangka zuriatnya sebenarnya anak datuknya dengan teman wanitanya. - Tiktok/@stacks1400

LONDON – Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui bahawa anak yang selama ini disangkakan zuriatnya ialah anak hasil daripada hubungan terlarang teman wanita dengan datuknya sendiri, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh pengguna TikTok bernama @stacks1400 itu, lelaki itu berkata, keadaan itu sekali gus bermaksud kanak-kanak tersebut sebenarnya berpangkat bapa saudara kepadanya.

“Saya baru mendapat tahu bahawa anak saya sebenarnya merupakan bapa saudara saya.

“Datuk saya mempunyai hubungan sulit dengan teman wanita saya ketika kami tinggal bersama sebelum ini,” ujarnya.

Tambah lelaki itu, dia mendapat tahu mengenai kecurangan teman wanitanya selepas memeriksa telefon bimbit wanita itu.

“Saya memeriksa telefon bimbitnya ketika dia sedang mandi dan menemui banyak pesanan ringkas dari beberapa tahun lepas selain gambar-gambar dan perkara yang tidak senonoh,” katanya.

Video pendedahan lelaki itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Jangan berhenti menyayangi anak itu. Kini adalah masa untuk anda berdiri teguh dalam keadaan sebegini.

“Harungi semua itu dan sayangi kanak-kanak itu walau apa jua pangkatnya kepada anda,” tulis seorang pengguna. 

Dalam satu video berasingan, @stacks1400 menegaskan bahawa dia berjanji akan terus menganggap kanak-kanak itu sebagai anak kandungnya dan hubungan mereka tidak akan terjejas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI