fbpx

Tiada aksi Cabrera pada ACL 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CABRERA terpaksa digugurkan daripada skuad JDT bagi membolehkan mereka mendaftar Shane Lowry untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan bagi saingan ACL 2021.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera digugurkan daripada skuad Harimau Selatan bagi mengharungi persaingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021.

Ia kali pertama pemain sayap Argentina itu tidak disenaraikan dalam skuad JDT bagi kejohanan antarabangsa sejak me­nyarung jersi pada 2018.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora dalam kenyataan di Facebook rasmi, Johor Sou­thern Tigers memberitahu, tindakan itu bagi membolehkan mereka mendaftar Shane Lowry untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan.

Mora berkata, pendaftaran Lowry dibuat memandangkan pemain baharu JDT, Shahrul Saad masih cedera dan sedang dalam proses pemulihan.

“Kami menantikan persai­ngan ACL 2021 dan telah menyenaraikan skuad setelah mengambil kira faktor kecede­raan, kekuatan setiap bahagian dan juga kuota pemain import.

“Gonzalo Cabrera terpaksa diketepikan kerana hanya empat pemain luar negara dibenarkan dan kami ingin memantapkan bahagian pertahanan.

“Kami telah memilih Lowry dan bukannya Cabrera sebagai pemain import Asia kerana dia akan dapat membantu Mauricio dos Santos di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Biarpun Cabrera tidak disenaraikan, Mora memberitahu, mereka tidak ketandusan pemain penyerang yang boleh beraksi di posisi tersebut.

Jelas Mora, JDT mempu­nyai banyak pilihan yang baik di bahagian sayap seperti Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh dan Rama­dhan Saifullah.

Tambahnya, Leandro Velazquez telah dipilih untuk bahagian tengah kerana kami juga perlukan barisan tengah yang mantap.

“Persembahan cemerlang Syafiq Ahmad dalam skuad kebangsaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ahmad Hazwan Bakri ketika latihan amat menggalakkan.

“Selain itu, jentera serangan JDT juga diperkuatkan dengan kemasukan Guilherme De Paula sebagai sokongan kepada Bergson Da Silva di bahagian hadapan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI