fbpx

Polis cari individu patahkan sayap 10 burung undan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung undan yang ditemui mengalami patah tulang sehingga memaksa ia menjalani pembedahan kecemasan dengan segera. - Dr. Elizabeth Wood/New York Post

ORANGE, CALIFORNIA – Lebih 30 ekor burung undan perang ditemui cedera   di California, Amerika Syarikat, yang membawa kepada pemburuan dalang melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Kesemua 32 ekor burung air itu muncul di Pantai San Clemente dan Huntington baru-baru ini, dan daripada kesemua itu, 10 daripadanya mengalami patah tulang.

“Seseorang dengan sengaja telah mematahkan sayap burung-burung undan tersebut.

“Kami memerlukan bantuan anda untuk mencari dalang yang melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Sila jadi mata dan telinga kami,” kata Pusat Penjagaan Tanah Lembap dan Hidupan Liar dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, seorang doktor haiwan, Elizabeth Wood berkata, kecederaan yang dialami burung-burung undan itu adalah serius sehingga memerlukan pembedahan kecemasan dan penjagaan jangka panjang.

“Seekor burung undan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dengan segera untuk mengeluarkan kesemua serpihan yang memasuki lukanya yang terbuka.

“Selain itu, terdapat juga tulang yang terkeluar menerusi kulit dan sayap yang dipulas ke arah bertentangan,” ujarnya.

Susulan insiden tersebut, Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California menawarkan ganjaran berjumlah AS$500 (RM2,069) bagi individu yang tampil memberikan maklumat mengenai perbuatan kejam itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang klu, suspek, motif atau bukti yang ditemui. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN